skip to Main Content

Farmasi An-Nisa

Farmasi An-nisa Sdn Bhd telah diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 mulai 14 Disember 2012. Syarikat ini diuruskan dan diterajui sepenuhnya oleh bumiputera. Farmasi An-nisa pernah beroperasi di Alam Budiman dan juga Seksyen 7 Shah Alam. Kini pusat operasi dan stor Farmasi An-nisa berjalan sepenuhnya di Puncak Alam, Selangor.

Selaras dengan visi dan misi Kementerian Kesihatan Malaysia, syarikat ini berusaha untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membekalkan ubat-ubatan dan beberapa peralatan perubatan kepada klinik, klinik pergigian dan masyarakat awam. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat adalah farmasi borong dan farmasi runcit.

Pada bulan Disember 2012, syarikat ini telah menyediakan perkhidmatan farmasi borong kepada klinik dan klinik pergigian di mana pihak klinik dan klinik pergigian akan membuat tempahan ubat dan peralatan perubatan melalui emel. Seterusnya barang akan dihantar dalam masa 3 hari waktu bekerja.

Kemudian pada bulan September 2015, syarikat ini telah membuka farmasi runcit bagi membantu masyarakat awam untuk mencapai taraf kesihatan yang baik supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih produktif. Khidmat nasihat secara percuma disediakan bagi mewujudkan hubungan dua hala antara masyarakat dan pihak farmasi.

Syarikat juga telah melangkah setapak lagi dengan membekalkan produk farmaseutikal kepada Fakulti Pergigian, Universiti Malaya dan Pusat Kesihatan UiTM Cawangan Puncak Alam dan Puncak Perdana serta badan-badan NGO seperti Islamic Relief Malaysia.

Pihak syarikat berharap agar masyarakat terus menyokong Farmasi An-nisa dalam memaksimumkan usaha untuk berbakti kepada masyarakat awam khususnya.

Cawangan Farmasi An-Nisa'

Sila klik nama klinik untuk info lanjut : Alamat, Nombor Telefon & Peta Lokasi.

Info & Promosi Terkini

Ingin Dapatkan Bekalan Produk Farmaseutikal dan Perubatan Pada Harga Borong?

Jenama Produk Farmaseutikal Farmasi An-Nisa'
Back To Top